Suami dah rehat...hulur kaki, jangan jerit, tahan sikit..kalau jerit, tak payah urut...jari jemari dia mula mengurut. macam-macam dia kata, kaki kasar la, banyak jalan la, mata simpan mana la, sibuk layan hp la, bla, bla, bla and bla...dengar aja la. Yang penting, dia tolong urut pun dah banyak terima kasih...Tiba-tiba, lepas urut seluruh kaki, terakhir dan penyudahla kononnya, dia tarik jari tengah, jari tepi ibu jari dan Maha Suci Allah, adoiiii, sakit yang sesungguhnya sakit, rasa nak terputus urat jari...bukan tambah baik, makin sakit...dan malam tu, sakit, sakit dan sakit...terpaksa berjingkit-jingkit ke bilik air...sabar hingga esok..
2 April 2013 - Selasa
Awal pagi, lepas selesai urusan pagi, pergi hospital kerajaan. suami mencari kakak iparku yang bertugas di hospital tersebut. Mungkin dia boleh membantu untuk mempercepatkan urusan. Turun dari kereta, berpindah ke kerusi roda...di tolak oleh anak bongsuku...rasa gayatla pula, duduk atas kerusi roda...kemarin masih kesana kemari sendirian dengan kurniaan Allah yang boleh membawaku kemana saja, manfaatkan masa siang semaksima mungkin, tiba-tiba hari ni berkerusi roda..Ya Allah..kita rancang, Allah swt tentukan...
Ingat nak x-ray dulu di situ, nak tahu detail..layanan tempat pesakit luar, ok, doktor bagus...di bahagian x-ray pun sangat ramah mesra, cepat dan akurat.. dapat filem x-ray terus jumpa doktor lagi...sabar, tunggu kejap...sampai giliran, dup,dap,dup, dap, rasa teruja la pula...doktor letak filem x-ray dan nampak dek mata kasar ku...kata doktor, 2 jari tengah dan jari tepi ibu jari, patah! Maha Besar Ya Allah, dugaan dari Mu kah yang menimpa ku ini!!!!
Masih atas kerusi roda, ditolak pula ke Unit Kecemasan..kaki ku akan disimen. Di unit ini, layanan sangat mendukacitakan..penat menunggu, kaki pun berdenyut-denyut, rasa kebas seluruh kaki, rasa macam dah tak ada kaki, nauzubillah...suami datang dan kita ke klinik swastala...
Kembali ke kereta. 20 minit kemudian, kami sudah berada di pusat perubatan swasta, disambut oleh staff yang beruniform seperti pelayan di hotel, berpindah ke kerusi roda. suami menolak kerusi roda, dah rasa sedih tiba- tiba menyusup di hati, aku kah yang berada atas kerusi ini, masih rasa seperti bermimpi..rasa sayu, rasa pilu, kalau nak jadi, sekelip mata saja boleh berlaku..kita rancang, Maha Suci Allah yang tentukan!!!Redha..
Sekali lagi di X-ray. Sama seperti tadi, 2 jari patah dan 1 jari tepi jari kecil retak!!! Berdiskusi dengan doktor, boleh tak kalau tidak di simen? Alternatif lain! kata doktor, boleh! dengan menggunakan silikon sebagai body support dan di balut dengan kain bandage... lega. Sebab di otakku sudah membayangkan, kaki disimen, kawan-kawan datang, tandatangan di situ. Anak sedara yang ramai tulis macam-macam di situ...sory, tak rela gue!!!!
30 minit proses membalut kaki dilakukan oleh doktor pakar tulang selesai. Pesan doktor, seminggu jangan dibuka supaya benar-benar boleh support dan protect jari yang patah. Akur sajala...tak ada pilihan lagi...selesai dan aku di tolak turun lift ke tingkat bawah untuk mengambil ubat..rm517.00 melayang...
Balik rumah..jadi orang sakitlah...semuanya perlu di tolong..mujur baiklah anak-anak daraku yang dua orang tu masih di rumah..Merekalah menjadi pengasuhku..menjaga semuanya .... terima kasih nak!!! Hanya Allah yang boleh membalas jasa anak- anakku...YaAllah, syukur kerana anak- anak sangat sabar merawatku...

No comments:
Post a Comment