Sunday, 28 April 2013

kita merancang allah menentukan

Jumaat 6 April 2013
Pagi..kesian anak sulungku, mengambilalih tugas mama untuk menyediakan sarapan buat abah, mama dan adik! Selesai sarapan, berkemas, kumpulkan baju untuk dicuci, memastikan semuanya sempurna seperti yang mama lakukan..adik dan abah ke pasar membeli bahan-bahan untuk dimasak,  kakak siapkan bahan untuk dimasak, abah bantu merasa makanan yang telah siap dimasak, biasala tu,  abah kata ok!' maka ok la..kesian semuanya...tapi dalam masa yang sama, anak-anak banyak belajar bila mama jadi begini.,!
Petang hari cuti!
Kakak bersama anak buah dan cucu saudara datang melawat.. Arif Fahmi yang bijak bercakap rasa heran melihat Tok Ngah terbaring dengan kaki berbalut,,
Malam- seorang kakak lagi datang,. skrip sama - bolehlah angah berehat lama sikit dan inilah masanya untuk betul-betul rehat..

Sabtu - 7 April 2013
Seperti hari kemarin. Rehat atas tilam. bacalah bahan-bahan yang sebelum ni tak sempat dibelek setiap halaman..


Ahad - 8 April 2013
teringat hari ahad, ada perhimpunan, suka juga mendengar berita terkini...masa untuk merenung anak-anak pelajar secara langsung, melihat karenah mereka yang kadang- kadang kelihatan resah, mungkin nasihat yang diberi terkena batang hidung sendiri... atau terasa apabila disindir... semuanya jadi kenangan.
Tengahari- tiga orang rakan sekerja datang melawat. Terima kasih..

Isnin - 9 April 2013
Pergi KMC - kata doktor, belum bersambung lagi, masih perlu banyak rehat. Jangan banyak berjalan.. 

Thursday, 18 April 2013

Petang Khamis

Kakak datang. Adik cuti hari ini. Kakak minta tolong dia bawa melawat adik yang sakit. Adik yang sering tidak ada di rumah. Dah boleh agak, ayat pertama yang akan keluar dari mulut kak. "macamana boleh jadi macam ni, tulah banyak jalan sangat, sampai tak reti nak rehat, balik kerja, buat kerja lagi, macam tak ada duit, gaji yang banyak tu buat apa. Dok jahit tudung lagi, buat macam-macam lagi, pi menjual lagi, (bab ni, jawab begini, orang tak pi menjual la kak, orang jual online, tak yah pi mana-mana, dok kat rumah pun boleh jual sampai New Zealand, Singapura, Paris, Indonesia dan seluruh Malaysia- tapi dalam hati, tak payah nak panjang-panjang cerita), diam sajalah, kita rancang kak, Maha Adil Allah yang tentukan segalanya, kak!

Dulu-dulu, masa ambik keputusan cuti tanpa gaji, kak kata begini: buat rumah besar- besat tapi tak pernah lekat di rumah, pi kesana kesini, ikut suami kehulu kehilir, sanggup cuti tak ada gaji ikut suami keluar negara, tak sayang tinggal kerja, tinggal gaji yang banyak,  duduk tempat orang, jauh pulak tu, jadi apa-apa sapa pun tak sempat tengok dan bla, bla, bla...dengar sajalah, selagi boleh dengar.  Tipikal seorang kakak yang sayangkan adiknya. Dialah pengganti selepas tak ada mak, tak ada ayah!!

Walau macamana pun, kak tetap disayangi.. Sembang-sembang kejap, kak banyak pula pesan, sakit pun sembahyang jangan tinggal, buat sembahyang sambil duduk, sambil-sambil berehat tu, zikir dalam hati,  no problem, orang ingat pesan kak tu,

Malam, tidur tak selesa dengan kaki berbalut, kena letak kaki atas bantal, biar lebih tinggi dari kepala, aliran darah lancar, In Sya Allah, ikut!!!

5 April  2013 - Jumaat
Selepas sarapan, suami ajak kakak ke Pasar Tani. Pesan kakak beli sayur bayam. Buat sup untuk mama. TerIngat pesan Dr Intan..banyak makan sayur, terutama sayur bayam, bagus untuk pembinaan tulang, banyak kalsium, juga sayur- sayur hijau yang lain,  banyak makan ikan , untuk bekal protein, kurang karbohidrat supaya bila berehat begini boleh kekal berat badan, pagi minum susu, amalkan tiap hari, banyak rehat, tapi boleh ecerxise sambil duduk, dan macam-macam lagi, supaya cepat sembuh!  macam kakak juga.. tak apa , dia pun kakak juga..
Tengahari tu, makan sup sayur bayam campur udang kering.. kira ok la..tak ambik nasi.. kenyang la juga..Alhamdulillah..
Malam, sama saja...


Tuesday, 16 April 2013

4 April 2013 - Khamis
Tepat 6.00 pagi, automatik mata celik, macam di set la plak.! Kejutkan suami, diam, tunggu la jap lagi. Sambil membawa fikiran kembali ke realiti, kejut lagi. Bangun..bersih diri....Alhamdulillah, syukur, masih bernafas lagi...
Sperti kemarin...bertongkat keluar kamar, semua datang bawa makanan breakfast dengan mama, di atas kasur. Tak rasa nak telan, cukup untuk lapik makan ubat...Suami ke ofis..
.
2April 2013 - Selasa

akhirnya jadi begini...itupun setelah keluar dari hospital dan pergi KMC. Kalau di hospital, sudah pasti kena pakai boot simen putih sampai paras betis. Kalau gatal, Masya Allah, tahan sajala..baiklah teknologi 'boddy support' ni tak menyeksakan patient!












Baru last week pergi Jakarta, cuti hujung minggu saja. Pergi Khamis, balik Sabtu. Cukuplah. Kalau lama, banyak pula yang habis! Masa cuti satu minggu.. pergi Langkawi, LIMA sepanjang minggu...itula kita merancang Maha Suci Allah yang menentukan.


3 April 2013-Rabu
Celik mata awal pagi, seperti bermimpi kerana ... tidak seperti biasanya bila pantas bangun, mandi, solat dan bersiap, bergegas ke tempat kerja...hari ini, masih terbaring di katil..termangu-mangu, mencari-cari tongkat untuk ke bilik air. Menunaikan hajat.  Selesai, termangu-mangu di katil, kejutkan suami, pastikan supaya tidak terlepas sholat...Mulakan hari anda dengan Izin Allah swt..syukur kerana masih lagi dapat menikmati hidup. duduk di tepi katil, terasa mau mandi. Kata suami, pergi ambil kerusi, nanti dia bantu untuk mandi. Terdiam dan terasa ingin ketawa, suami juga turut ketawa..sorry...
Terlewat suami ke ofis hari ni..membantu dan menguruskan seperti anak kecil. Ya Allah, sungguh berat dugaanMu..Kita rancang Maha Mengetahui Allah yang tentukan segalanya..Pasrah!!!!

Petang...kawan-kawan datang melawat. Ketawa mereka kerana kontras sangat dengan sikapku yang 100 persen berbeza...tidur seperti orang sakit dan tidak mampu bergerak. Kita Merancang, Allah Maha Agung yang tentukan. Redha.. seharian di tempat tidur, atas kasur tanpa ranjang.
Malam, adik dan anak-anak buah datang melawat..kaki Angah pasai apa berbalut...kata adik, Eloklah berehat, dah lama sangat berkejar kesana kesini, tak pernah lekat di rumah, sekarang masa untuk betul-betul rehat..mana taknya, telefon hujung minggu , ada di Langkawi, ada di KL, ada di Vietnam, ada di Jakarta, ada di Hadyai, di Satun dan bla, bla, bla... sekarang, duduk diam- diam, berehat!!!!

Monday, 15 April 2013

Suami dah rehat...hulur kaki, jangan jerit, tahan sikit..kalau jerit, tak payah urut...jari jemari dia mula mengurut. macam-macam dia kata, kaki kasar la, banyak jalan la, mata simpan mana la, sibuk layan hp la, bla, bla, bla and bla...dengar aja la. Yang penting, dia tolong urut pun dah banyak terima kasih...Tiba-tiba, lepas urut seluruh kaki, terakhir dan penyudahla kononnya, dia tarik jari tengah, jari tepi ibu jari dan Maha Suci Allah, adoiiii, sakit yang sesungguhnya sakit, rasa nak terputus urat jari...bukan tambah baik, makin sakit...dan malam tu, sakit, sakit dan sakit...terpaksa berjingkit-jingkit ke bilik air...sabar hingga esok..

2 April  2013 - Selasa
Awal pagi, lepas selesai urusan pagi, pergi hospital kerajaan. suami mencari kakak iparku yang bertugas di hospital tersebut. Mungkin dia boleh membantu untuk mempercepatkan urusan. Turun dari kereta, berpindah ke kerusi roda...di tolak oleh anak bongsuku...rasa gayatla pula, duduk atas kerusi roda...kemarin masih kesana kemari sendirian dengan kurniaan Allah yang boleh membawaku kemana saja, manfaatkan masa siang semaksima mungkin, tiba-tiba hari ni berkerusi roda..Ya Allah..kita rancang, Allah swt tentukan...

Ingat nak x-ray dulu di situ, nak tahu detail..layanan tempat pesakit luar, ok, doktor bagus...di bahagian x-ray pun sangat ramah mesra, cepat dan akurat.. dapat filem x-ray terus jumpa doktor lagi...sabar, tunggu kejap...sampai giliran, dup,dap,dup, dap, rasa teruja la pula...doktor letak filem x-ray dan nampak dek mata kasar ku...kata doktor, 2 jari tengah dan jari tepi ibu jari, patah! Maha Besar Ya Allah, dugaan dari Mu kah yang menimpa ku ini!!!!

Masih atas kerusi roda, ditolak pula ke Unit Kecemasan..kaki ku akan disimen. Di unit ini, layanan sangat mendukacitakan..penat menunggu, kaki pun berdenyut-denyut, rasa kebas seluruh kaki, rasa macam dah tak ada kaki, nauzubillah...suami datang dan kita ke klinik swastala...

Kembali ke kereta. 20 minit kemudian, kami sudah berada di pusat perubatan swasta, disambut oleh staff yang beruniform seperti pelayan di hotel, berpindah ke kerusi roda. suami menolak kerusi roda, dah rasa sedih tiba- tiba menyusup di hati, aku kah yang berada atas kerusi ini, masih rasa seperti bermimpi..rasa sayu, rasa pilu,  kalau nak jadi, sekelip mata saja boleh berlaku..kita rancang, Maha Suci Allah yang tentukan!!!Redha..

Sekali lagi di X-ray. Sama seperti tadi, 2 jari patah dan 1 jari tepi jari kecil retak!!! Berdiskusi dengan doktor, boleh tak kalau tidak di simen? Alternatif lain! kata doktor, boleh! dengan menggunakan silikon sebagai body support dan di balut dengan kain bandage... lega. Sebab di otakku sudah membayangkan, kaki disimen, kawan-kawan datang, tandatangan di situ. Anak sedara yang ramai tulis macam-macam di situ...sory, tak rela gue!!!!

30 minit proses membalut kaki dilakukan oleh doktor pakar tulang selesai. Pesan doktor, seminggu jangan dibuka supaya benar-benar boleh support dan protect jari yang patah. Akur sajala...tak ada pilihan lagi...selesai dan aku di tolak turun lift ke tingkat bawah untuk mengambil ubat..rm517.00 melayang...

Balik rumah..jadi orang sakitlah...semuanya perlu di tolong..mujur baiklah anak-anak daraku yang dua orang tu masih di rumah..Merekalah menjadi pengasuhku..menjaga semuanya .... terima kasih nak!!! Hanya Allah yang boleh membalas jasa anak- anakku...YaAllah, syukur kerana anak- anak sangat sabar merawatku...
Lepas maghrib suami sampai, tengok my kaki, tak ada apa, ok aja!!! biasala, bukan dia rasa apa yang kita rasa...sabo ajala...tunggu masa hubby rehat jap...jangan ganggu waktu dia masih penat..rehat aja atas katil...kalau dibawa berjalan, sakit sangat.  

1 April 2013- Isnin ( 3 petang)

kita merancang, Allah menentukan...tiada sesiapa yang mampu menolak tibanya waktu untuk berlaku walau sesaat,  sebelum april, macam-macam perancangan telah dibuat...ke vietnam  menambahkan stok untuk butik, ke jakarta mengambil stok dr intan skin care, tugasan di tempat kerja, tempahan tudung untuk pelanggan tetap, dokumentasi untuk event penting, plan kenduri tahlil di kampung halaman, dan macam-macam lagi....terbang di bawa angin dan terawang-awang di udara...

1 April 2013
pagi yang sibuk, masukkan markah, kutip tugasan pelajar yang tak sempat diambil kemarin...tak cukup 10 jari untuk diberi tugas hari ni.. handphone pun dah lebih 20 kali berbunyi...tak pernah culas untuk diangkat...manalah tau ada customer penting...kerana nak lancarkan bisnes...customer mesti diutamakan...seboleh mungkin karier mesti diutamakan...kerja siap, bisnes lancar...itu moto hidupku...
2.30 ..su cal lagi...dah di jalan, kejap lagi sampai...bergegas untuk siapkan apa lagi yang patut...susun buku atas meja supaya nampak kemas...angkat beg terus balik...sambil memandu, hp bunyi lagi, ada customer order skin care, alhamdulillah, syukur padaMu, Ya Allah..
2.45...dah sampai rumah, tekan remote, gate terbuka...kemudahan yang berbayar...matikan enjin Estimaku, melorot turun..rasanya langkah kanan, angkat kaki kiri, kaki kanan langkah..landing dalam longkang...hah!!!hah!!!kaki dalam longkang, rasa macam tak percaya, macamana boleh jadi ni!!!
longkang ni tengok tiap hari, tiap hari parking di sini, cuma hari ni terlajak sikit sebab parking kat tempat kereta kakak..cari handbag...terpelanting la plak..kat tepi tiang,,,merangkak ambil handbag...
Cuba bangun, terasa sengal di kaki...hp berbunyi la plak...biar aja la...lama la pulak berbunyi...biar dia bunyi...bangun dan luruskan kaki..buat senaman kaki...pusing kekanan, pusing kiri, tegakkan depan, rapat ke belakang...sakit sikit, tak apa..boleh tahan..buka langkah, cuba jalan,,rasa sengal..langkah juga..tergeliat aja kot...biasala, kalau jatuh, tergeliat!!!
masuk dlm rumah, terus ke butik, buka pintu,,masuklah su...dah tak ingat kaki, layan su pilih tudung..pilih punya pilih, sakit di kaki makin terasa...su kata k ina duduk, biar su pilih sendiri..
duduk dan kaki terasa berdenyut..kesian su, kena layandiri..kejap aja, su dapat tudung yang dia nak, dia pun balik...terjengket-jengket masuk bilik...
baring dan mula fokus pada kaki sebab sakit sangat terasa...menyucuk-nyucuk pula tu..
Cal tukang urut...nak kena urut kot...cal hubby, kata dia jangan urut dulu..sebab tak tau apa yang jadi...tahan saja...dalam hati Ya Allah, janganlah berlaku apa-apa yang tidak mampu untuk kutanggung...YaAllah, Ya Allah, dan Ya Allah..