9 April 2013 - Selasa
Seperti hari-hari kemarin. Pesan Doktor Low, tak usah banyak berjalan, nak cepat baik, perlu banyak rehat supaya proses penyembuhan berlaku secara natural. Makan ubat ikut aturan dan aku patuh! So, berehatlah. Tapi fikiran tak boleh berehat. Nak buat apa ya? Nak tengok TV, asyik-asyik cerita yang sama. Cuba log in fb..baca lah apa-apa yang boleh menjana minda, cerita motivasi, bagus juga..
Petang, ada kawan datang melawat. Macam biasa, nak tergelak dengan apa yang berlaku.. Tak sangka, serius juga ya..Tak apa, akak redha sebab sakit itu pembersih dosa! Pasrah lebih baik untuk segalanya.. Suami balik awal dari kerja. Ini juga hikmah sebab saban hari selama aku di rumah, suami selalu boleh balik awal. Mungkin dia fikirkan aku menunggu dia pulang sebab tak boleh buat apa yang aku sibukkan diri di rumah, sebelum ini. Tapi realitinya, memang ya!
Malam, nonton ajala, sambil-sambil tu, Selasa "Allahumasal lialasaidina Muhammad..."
10 April 2013 - Rabu
Macam kemarin juga...dalam hati zikir aja la...astaqfirullah hal azim..astaqfirullah hal azim.
.astaqfirullah hal azim.
Petang, ada kawan-kawan datang, sembang-sembang sambil ketawa, rasa macam tak percaya bahawa sekarang aku yang terlantar sakit. Selalu kalau kawan-kawan sakit, mesti aku pergi melawat, sekadar memberi sokongan moral!! tiba waktu aku yang sakit! Sakit, tak apa! sakit itu hanya ujian, ujian itu penghapus dosa! bila giliran aku yang sakit, syukur rupanya Allah swt sudah tentukan yang terbaik buatku, sedangkan sakit itu tiada langsung terduga olehku! Ampunkan hambaMu ini Ya Allah!! jika hati kecilku menidakkan ketentuan-Mu terhadapku, Ya Allah!
11 April 2013 - Khamis
Pagi, seperti biasa. Cuba bangun berjalan kesana-kemari dalam rumah menggunakan tongkat. Cuba pergi duduk di mesin jahit. Angkat kaki kiri, gerakkan kaki kiri untuk berfungsi seperti kaki kanan. Boleh!! Tak susah. Semuanya digerakkan oleh minda. Cuba tekan kotak mesin untuk mengerakkan jarum mata mesin, berfungsi seperti biasa. Kaki kiri pun tahu tugasnya jika diberi amanah! Wow! percubaan yang baik. Esok boleh cuba lagi. Anak-anak bising, Mama, jangan buat, rehat, nanti kaki Mama sakit! Tak apa, mama tak guna kaki kanan, Mama jahit kaki kiri! kaki yang sakit..kaki kanan rehatkan di atas kain perca...santai aja!!! 10 minit sahaja, risau juga, takut pun ada!!! sebab bila sakit, sendiri yang tanggung...
Tengahari, kawan jiran satu taman perumahan datang melawat. Kawan ni, ibu artis popular di Malaysia. Bercerita tentang pengalaman dia juga yang pernah jatuh dan patah kaki semasa awal 40an, samalah dengan kisahku..Ku sangka panas hingga ke petang, hujan nak turun. siapa yang tahu..Pengalaman begini, rupa-rupanya sangat berharga!!!
Petang. Kawan-kawan jiran datang melawat..berbuallah tentang itu, tentang ini. Tentang macam-macam..Dah lama tak berbual-bual santai begini. Hilang rasa bosan..seketika!
12 April 2013 - Jumaat
Kenalan lama, suami isteri semasa sama-sama di Jakarta datang dari KL untuk melawat orang sakit, bukan cuti sakit tapi sedang cuti rehat. Jam 1.30 tengahari sudah boleh makan tengahari bersama-sama. Rasa gembira sangat sebab boleh duduk santai bersembang dan bercerita.
Petang, mereka ke sempadan untuk membeli belah, sorry Datin, kali ni saya tak bisa menemani!
Malam, sepasang suami isteri, yang sama-sama di Jakarta, sekarang sebagai orang no 1 di kem di utara malaysia, datang ke rumah, melawat orang sihat yang sakit. Tak sangka, boleh reunion dirumah, Syukur, tiada perancangan, tetapi Maha Suci Allah yang menentukan..
13 April 2013 - Sabtu
Awal bersiap. Semata-mata untuk memenuhi permintaan anak sulungku yang akan menghadiri majlis konvokesyen pada bulan Mei, gagahkan juga kaki melangkah dengan tongkat ke kedai kain, membeli bahan untuk baju yang akan dipakai semasa majlis itu nanti. Rasa segan juga, masih bertongkat pun nak shopping juga!! Tak kisahlah, yang penting hati anak perlu dijaga. Melangkah turun dari kereta, berjumpa dengan rakan sekerja dan boleh juga update berita semasa di tempat kerja.!!
Makan tengahari di restoran, bersalaman dan mereka pulang semula ke KL. Terima kasih Dato dan Datin!!
Dengan bantuan Dato, masih sempat lagi aku berbakti kepada anak-anak didik yang yatim, yang perlu dibela dan perlu dibantu. Datuk menandatangani sekeping cek untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Aku tolong sampaikan pun dikira dapat pahala juga la kan!Terrima kasih Dato', moga Allah swt murahkan rezeki Dato', panjangkan umur Dato' dan kurniakan Dato' kesihatan yang baik selalu!
14 April 2013 - Ahad
Seminggu berlalu. Dah mula rasa bosan, bukan bosan, cuma tak tau nak buat apa! Selalu sibuk, sekarang nak buat apa? Baik juga buat sesuatu secara online..ok, nak hebatkan promosi Dr Intan Skin Care..Sambil tu, dalam hati berzikirlah ikut zikir harian supaya rasa bosan terbang jauh dari hati. Supaya dapat bersyukur dengan ketentuan kerana kita merancang, Allah Maha Besar yang menentukan segalanya. Ikut perasaan, rasa kaki dah makin kuat, dah melegak-legak semangat nak menjahit. Dengan tongkat di kiri kanan, cuba untuk ke butik, nak ke mesin jahit. Susah pulak nak panjat tangga. tapi tak apa, usaha sikit, bolehlah! Nak menjahit dengan kaki kiri. Boleh aja!! Jadi cekap dan aggresifla pulak. Semuanya, kerana tidak mahu memanjakan diri. Sebab nak bergerak aktif, supaya tiada lemak yang berkumpul di badan.
Petang, kakak ke pejabat poslaju, ada order!
15 April 2013 - Isnin
Bersiap awal. Mandi, bersiap seperti orang sihat, sebab tak mau mental juga sakit. Latih jalan-jalan dengan tongkat. Rasa penat, stop dulu! Nak pergi dapur, kakak larang, Mama nak buat apa pergi dapur, tak usah, kakak boleh urus!!, Tak jadi lah! Petang, kawan-kawan datang melawat. Hari ni 4 orang! Sembang-sembang la..seperti biasa, rasa sikit saja, tapi jadi serius pulak!. Itulah, kita selalu rancang yang pada fikiran kita adalah terbaik, tetapi ketentuan Allah swt itulah yang lebih baik!!
Petang, kakak ke poslaju, ada order. Alhamdulillah, hari ni order 4 set!
16 April 2013 - Selasa
Macam selalu, bangun mesti awal. Dah terbiasa. Lepas suami pergi kerja, cuba buat sesuatu. Hari ni, nak buka fb, cuba share kata-kata motivasi, sakit adalah penguat jiwa..memang sangat benar..sakit juga boleh merehatkan minda, Tak perlu fikir kerja (walau sebenarnya bila kita mc, tak ada sapa yang boleh gantikan atau buat kerja kita), tak apa, buat masa sekarang, tak usah fikir dulu. Sakit dah sakit, so, santai aja! Nikmati aja, kata orang Indonesia!! Sambil klik di mukabuku teman-teman , terjumpa juga kata-kata; sakit itu penghapus dosa jika kita ikhlas, tapi jika kita tidak ikhlas, sakit itu menambah dosa! Dan yang paling aku rasa sendu, pilu, sayu, terbaca Sabda Rasulullah yang bermaksud: Sesungguhnya mengerang orang yang sakit itu umpama tasbih, jeritan dan tidurnya adalah ibadah, nafasnya sedekah dan berbalik-balik ke kiri dn ke kanan itu adalah memerangi musuh iaitu sama pahalanya! Ya Allah, Ya Tuhanku, begitu sekali ganjaran-Mu kepada orang yang sakit, rasa diri ini sangat kerdil, rasa diri ini belum selayaknya mendapat ganjaran itu, Ya Allah! Aku terima ketentuan ini dengan rasa ikhlas! Redha, pasrah seratus peratus!
Petang, kakak pergi poslaju. Syukur!
17 April 2013 - Rabu
Rasa teruja pula hari ni. Entah kenapa..rasa ikhlas dan pasrah sesungguhnya atas apa yang berlaku! Rasa syukur sangat-sangat atas ketentuan ini. Cuba untuk jauhkan perasaan untuk mengeluh dan cuba untuk senyum paling ikhlas. Petang, ada teman datang melawat. 6 orang semuanya. Dari pagi lagi, minta anak-anak tolong mama untuk berehat di butik. Nak duduk di tempat yang cerah dan lagi nak mudah ke bilik air dan nak duduk di sofa Thailand, mudah untuk bangun. Sambil-sambil tu melayari internet dan hari ni, dapat lagi satu masukan dari teman mukabuku, Jika dalam masa sakit, isikan masa dengan berzikir, betapa besar pahalanya.Itu yang selalu aku cuba lakukan. Cuba share satu kolum; Sekiranya dia mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah, Allah berfirman lagi: Bagi hamba-Ku, sekiranya aku mematikannya, nescaya Aku memasukkan ke dalam syurga!' Ya Allah, betapa besar limpahan kurnia-Mu kepada hamba-Mu yang sakit, Ya Allah, kuatkan imanku Ya Allah, semuga aku juga digolongkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah!
Syukur jua..hari ni ada 2 order Dr Intan Skin Care..!!
18 April 2013 - Khamis
Zikir hari Khamis, aku sebut dalam hati. Aku ulang berkali-kali. Solatku masih secara duduk. Aku lebihkan masa untuk duduk di atas sejadah sambil berzikir. Berlama-lama pun tak apa! Tak ada apa nak dibuat. Sempatkan diri untuk membaca buku-buku yang selama ini bersusun di lemari. Terjumpa satu masukan. "Dalam Ihya juga ada menyebutkan sebuah hadis yang bermaksud; sesungguhnya Allah mengutuskan kepada orang yang sakit itu dua malaikat untuk melihat apa yang dikatakannya kepada pengunjungnya!' Sesungguhnya kita tidak bersendirian di muka bumi ini. Syukur aku kerana semasa sakit begini, anak-anak sentiasa di samping untuk membantu. Andai, mereka tiada kerana melanjutkan pelajaran! Ya Allah, jauhkan untuk berfikir begitu, itu tanda aku tidak bersyukur! Aku pasrah dengan ketentuan ini!
Suami balik awal dan bawa balik satu kabar gembira. Dia perlu ke Abu Dhabi untuk menerima award! Dan Dato' KP cadangkan kalau nak bercuti, inilah masanya! Aku terima berita ini dengan hati yang gembira sebab memang suami dah kerja kuat, kerja tak kira cuti. Orang kerja satu minggu 5 hari tapi dia kerja 7 hari! Petang, suami berkemas sebab keluar kota 3 hari, ke Jakarta!
Petang kakak pergi pos order untuk Dr Intan Skin Care!
19 April 2013 - Jumaat
Hari ini mungkin lebih baik dari kemarin! So, mama nak ke butik. Nak jahit sikit-sikit. Mama rasa hari ni dah semakin ok!. Mama nak rehat di butik! Tengahari adik datang dengan anak-anak buah! Makan sama-sama!
Tak jadi menjahitla, nanti adik membebel pulak! Tau dah, apa yang dia akan kata! So, relaxla...kita merancang untuk membuat sesuatu, tapi akhirnya lain pula yang menjadi!!!
20 April 2013 - Sabtu
Hari cuti. Hari untuk kakak dan sanak sedara datang melawat. Layan aja la...boleh juga berbual-bual.. Sambil tu, melayanlah juga perasaan, kalau aku tak sakit, sanggup rasanya untuk mohon cuti, ikut suami! Dah lama rasanya pendam hasrat untuk ke bumi Emirates selepas tahun sudah berpeluang mengerjakan umrah! Rasa teruja untuk melawat Tanah Arab! Melihat bumi Emirates dari segi lain!!
21 April 2013 - Ahad
Pagi, bersiap untuk ke pusat perubatan bagi rawatan seterusnya. Kata doktor, sudah semakin ok..Ambil kalsium, makan makanan berkhasiat. Sambil berbual santai dengan Doktor Low, aku menyuarakan apa yang terbuku dihati sejak semalam. Minta nasihat doktor, suami ada urusan kerja di Abu Dhabi dan Dubai, boleh berjalan jauh tak dengan keadaan begini? Boleh, tak ada masalah.! Saya buatkan sarung kaki yang cantik dan kemas untuk kesana nanti. Doktor sokong!!! Hati jadi berbelah bagi, Ya Allah!!! segeralah kau sembuhkan sakit di kakiku ini..Ya Allah, ingin sekali aku ke bumi Arab, negara emas hitam!
MC disambung lagi sampai 7 Mei 2013.. Balik dari rawatan doktor, terus berjumpa bomoh yang pakar dalam urusan patah-patah ni!. Depan rumah bomoh, selonggok simen putih untuk support kaki yang patah, dah sahih ini mesti destinasi yang tepat. Hulurkan kaki, sakit, diurut dan ditekan di tempat yang patah, dah pasti sakit. Kemudian dibalut dengan daun-daunan, di balut dengan kain bandage dan dibaca ayat-ayat yang aku sendiri tak dapat faham! Anak-anak terkebil-kebil, teruja dengar bacaan si bomoh tu! Seminggu lepas ni, datang lagi, pesan bomoh!
Malam, terasa panas di kaki.. bekerja la tu! Pesan atuk bomoh, balutan jangan di buka..Akur ajalah!!
22 April 2013 - Isnin - 25 April 2013 Khamis
Dah terasa sakit makin kurang, jalan masih bertongkat tapi boleh langkah lebih baik dari hari-hari kemarin. Alhamdulillah, syukur. Doa dipanjatkan kepada Ya Rabbi, kau sembuhkanlah sakit di kaki ku Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan ketentuan ini, agar dapat aku menghargai dimasa-masa sihatku, agar dapat aku mensyukuri pemberian yang sangat berguna ketika aku sihat, agar dapat aku menjaga sebaik-baiknya pemberianmu yang dipinjamkan sementara untukku, Ya Allah, kau sembuhkanlah sakit dikakiku ni, agar dapat aku melangkah sempurna untuk menunaikan amanah Mu supaya aku dapat mendidik anak-anak bangsaku menjadi manusia yang berguna, Ya Allah, Ya Rabbi, sudah lama aku tinggalkan pekerjaanku Ya Allah, sesungguhnya anak-anak didikku memerlukan ajaran untuk mereka menghadapi peperiksaan penting nanti, Ya Allah, kau sembuhkan sakit dikaki ku Ya Allah...
Petang, sekembali suamiku dari kerja, kami terus ke rumah bomoh patah. Kakiku ditunjuk lurus, ditolak-tolak, ditarik-tarik, dibuang balutan dan diurut perlahan-lahan, Maha Suci Allah, sudah tidak terasa sakit, walau pun diurut dan disapu agak kuat. Ya Allah, kau kabulkan doa hambu Mu ini. Terima kasih Ya Allah, aku bersyukur..Syukurku pada Mu Ya Allah, terima kasih Ya Allah, sesungguhnya hamba Mu ini amat lemah dan sentiasa mengharapkan pertolongan Mu Ya Allah. Maha Suci Allah, Maha Mengetahui segala-galanya, Maha Menentukan atas apa yang berlaku, Maha Adil, Maha Bijaksana dan Maha Memahami isihati hamba Mu yang pasrah ini...
keluar dari rumah si bomoh, dah tak perlukan tongkat lagi. Alhamdulillah!!
26 April 2013 - Jumaat
Kuat semangatku untuk menghadapi perjalanan yang jauh keesokan hari. Alhamdulillah! dengan semangat anak-anak yang mendorong, dan kesediaan mereka, bertambahlah semangatku untuk melangkah! Dalam hati, tak henti-henti aku berdoa. Usai solat, ku panjangkan doa kepada Yang Maha Esa, jauhkan segala yang tidak baik, Ya Allah. Malam, berkemas apa yang patut. Ubat, stokin, kasut yang sesuai dan lain-lain. Sambil-sambil tu anak-anak explore tentang Abu Dhabi dan Dubai!
27 April 2013 - Sabtu
Khamis petang, tiket pesawat sudah ditempah. Seawal jam 6.00, usai solat subuh yang masih kulakukan secara duduk, dalam doa yang sangat panjang, aku memohon, Ya Allah, kau sembuhkanlah sakit di kakiku ini, Ya Allah, Kau selamatkanlah perjalanan kami, Ya Allah, Kau tunjukkan sesuatu yang terbaik buatku Ya Alah, Ya Rahman, Ya Rahhim, Ya Quddus, Kau lindungilah anak-anakku yang jauh dari ku Ya Allah, Kau peliharalah mereka dari sesuatu yang durjana Ya Allah, kau tingkatkanlah iman dan taqwa mereka, Ya Allah, kau jadikan mereka anak-anak yang solehah Ya Allah, sesungguhnya permintaanku terlalu banyak pada Mu Ya Allah, kau sejahterakan kehidupan kami sekeluarga Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun, Maha Adil, Maha Berkuasa, ameen, ameen ya Robbal Aalameen..
Aku kuatkan hati, tahan sakit untuk ku paksa kakiku melangkah. Kali ini tanpa tongkat dan aku berjaya selangkah, dua, tiga dan kali ini lebih pantas. Walau pun masih terjongket-jongket, aku nekad untuk melangkah lebih jauh merentasi Benua Arab!!
Jam 2.00 petang, kami sudah bersiap untuk bertolak ke bandara bayan lepas untuk menaiki pesawat ke KLIA pda jam 3.30 petang. Pesawat Etihad ke Abu Dhabi akan berangkat pada pukul 8.30 malam dan sejak awal lagi sudah suamiku sediakan kaos kaki untuk menahan sejuk malam di atas pesawat.
Atas pesawat, aku masih terasa seperti bermimpi kerana segalanya yang berlaku ini adalah diluar perancangan, diluar jadual harian orang sihat yang masih sakit seperti ku..Sesungguhnya, perancangan Allah adalah terbaik buatku, adalah yang terindah dalam hidupku. Tiada yang lebih baik dari perancangan Allah untuk hambaNya yang tidak pernah mengeluh! Sakit adalah hikmah!
Walaupun agak terganggu, aku masih boleh sedikit-sedikit melelapkan mata dalam tempoh penerbangan yang panjang - 6 jam.
Jam 12.30 tengah malam waktu Abu Dhabi, kami menjejakkan kaki di bumi Arab. Lapangan Terbang Abu Dhabi sangat luas, kaki yang bengkak terasa sangat sakit. Sangat sakit, berdenyut-denyut..Doktor Low pesan, jangan banyak berjalan,(tapi aku dah sampai Abu Dhabi!!!!), jangan pijak kaki depan, dijari terutamanya, kalau rasa sakit, stop dulu! Ok lah, aku stop dulu, duduk sekejap sambil dalam hati - tak henti-henti zikir.. Ya Allah, Ya Allah, sangat sakit! sakit sangat ni! Dah tak tahan sakit, pohon suamiku carikan satu kerusi roda. Pasrah, duduk atas kerusi roda dengan ditolak oleh adik Mizi, terima kasih!.Dalam hati, Alhamdulillah, syukur ku panjatkan padaMu Ya Allah!.Tiada perancangan tapi Allah yang menentukan!..
Solat subuh jam 4.30 dinihari...syukur pada Mu Ya Allah!!..
28 April 2013 - Ahad
Selepas sarapan pagi yang dibawa ke kamar, dengan estima previa kami melawat sekitar ibu kota Abu Dhabi, yang sangat maju dengan bangunan tinggi pencakar langit, yang berlumba-lumba dibina dengan kecanggihan binaan yang sangat moden dan unik. Dari tingkat 74, hotel Jumeirah di etihad tower , kami melihat keindahan abu dhabi dari pandangan yang saujana mata memandang. Keunikan rekabentuk bangunan sangat memukau mata yang memandang. Sesungguhnya bumi Arab, yang asalnya padang pasir yang luas ini sangat kaya dan mewah sehingga mampu menghasilkan binaan yang setanding malah melebihi negara-negara maju lain. Dekorasi hotel jumeirah sahaja sudah membuatkan lidah ku kelu untuk mengungkapkan kata-kata, ruang lobi yang luas dengan tatarias dekorasi yang serba sempurna menggunakan marmar berkualiti tinggi dan beraneka corak dan warna. Hamparan permaidani yang tebal dan halus buatannya dengan corak yang sangat cantik dan menarik membuatkan aku terasa sayang untuk diletakkan kaki...

Dasar kolam yang terdapat di ruang lobi, dengan susunan marmar yang cantik membentuk lukisan yang memukau, seolah-oleh batu karang di dasar laut! sangat menyejukkan mata yang memandang, menimbulkan suasana yang redup dan sangat selesa, Hotel Jumeirah Etihad, sangat mewah dengan dekorasi menggunakan marmar yang pelbagai warna dan corak. Sangat cantik,
Marmar dibilik air,
Marmar hitam di lift!
Ruang lobi yang luas..
Pandangan dari tingkat 74 etihad tower.. puncak tertinggi di Abu Dhabi..
Lukisan yang sangat cantik di lantai 74, hampir setiap dinding ada lukisan abstrak yang tentu mahal harganya!
Penat berlegar-legar di sekitar kota batu, kami menuju ke Masjid Syeikh Zayed, masjid yang terbesar diantara masjid-masjid yang banyak di kota Abu Dhabi. Tersergam indah dengan warna putih melatari keseluruhan masjid..sangat menakjubkan.
Masjid Syeikh Zayed dilancarkan pada tahun 1998 adalah antara masjid yang terbesar di dunia. Ia terletak berdekatan dengan jambatan Musaffah Abu Dhabi.
Lantainya mamar dari Itali. Permaidaninya dari Parsi dianyam oleh wanita-wanita Iran.
Sesungguhnya, aku rasa terkagum-kagum dgn masjid putih ni. Sangat indah, Setiap sudut sgt indah. Tiang, dinding, lantai, semuanya cantik!.
Ya Allah!, sakitnya kaki..rasa hati tak mau explore lagi di kawasan masjid ni, tp semangat melebihi segalanya. Aku gagahkan juga untuk terjongket-jongket, sebab perjalanan yang jauh boleh ku tempuh, takkan la dah sampai masjid nak disia-siakan begitu saja. Ini lah rakaman tempat-tempat yang unit dalam masjid putih. Alhamdulillah!..
Kembali ke kereta, destinasi seterusnya, nak tengok Mall. Kami ke Marina Mall. Di sni, window shopping sajala! Tak mampu den!. Mahal-mahal semuanya!
Makan tengahari, disebuah restoran yang mewah dengan dekorasi ala Timur tengah yang padat! Tak tau nak fokus yang mana satu, cantik semuanya!
Perut dah isi, sekarang nak tengok dunia entertainment pulak. Kami ke Ferrari World...
Sakit kaki sekarang ni! Dah mula bengkak! So, jalan-jalan di luar saja. Tak daya dah nak xplore di dalam. In Sha Allah, datang lagi dengan anak-anak!
Balik hotel, solat dan berehat di kamar. Mlm suami ada function, so berehat di bilik! Rehat utk esok!
Malam, sambil tunggu waktu tidur, urut kaki, sambil zikir, makan ubat , tidur!
29 April 2013 - Isnin
Abu Dhabi - kota untuk orang-orang kaya. Serba serbi mahal. Orang-orangnya kelihatan sangat arogant. Kereta-kereta yang berhenti di lobi hotel sangat-sangat menarik perhatian. Mana tidaknya, kereta-kereta mewah semuanya. Dari Ferari, Prosche, Miseriti, Cadilacc, Mustang, Hammer warna merah, cantik!!! dan kereta-kereta yang terkenal di Eropah.. Suamiku, gila kereta. Aku jadi model disamping kereta-kereta yang dia suka!. Tak susah, berdiri di tepi kereta, senyum..tak perlu modal!!! Bukan tahu kaki sakit pun!!





Rasanya tak ada apa yang boleh dilihat di Abu Dhabi. Mau ke Kampung Warisan, tak boleh sebab dalam proses penambahbaikan, lihat dari kereta sahaja!!. Lagi pun suami ku mempertimbangkan keadaanku yang seeloknya jangan banyak jalan. So, kami sepakat menuju ke Dubai. Mujur juga pemandu Previa kami banyak juga info, boleh berbahasa Inggeris dengan baik juga dan dia membawa kami ke Dubai. Abu Dhabi - Dubai mengambil masa kurang lebih 1 jam. Dalam perjalanan, banyak juga yang sempat dirakamkan.
Laluan lebuhraya yang mempunyai 6 lorong dan sangat lurus merentasi kawasan padang pasir dan sudah banyak hilang identitinya dek arus pembangunan dan pemodenan, menjadikan aku terasa sayang untuk melelapkan mata.
Tidak sedar, kami sudah sampai Dubai. Wow! Dubai, sangat pesat membangun, bangunan tinggi pencakar langit, sangat sesak seolah-olah seperti enau dengan belukar, berlumba-lumba mendongak ke langit untuk menunjukkan pucuk masing-masing! Dengan deretan kenderaan mewah di jalan raya yang lebar, kereta Camry jadi teksi, polis menggunakan BMW 5 siri, sarana pengangkutan yang tergantung dan segalanya menggambarkan mewah dan ekslusif!
Kehijauan dan warna warni lanskap juga sangat menarik perhatian. Bayangkan kawasan dataran padang pasir boleh hidup bunga-bunga taman yang cantik. Rumput hijau landskap di Dubai menggunakan rumput lembut menghijau di lapangan golf!! Kami lebih banyak menjamu mata dari atas mobil kerana rasanya belum masanya untuk bershopping..!! Survey dulu!
Destinasi pertama di Dubai, kami menuju ke bangunan Burj Arab. Seni reka bangunan yang cantik dan unik!
Dari Burj Arab kami menuju ke pantai.
Pantai yang terbuka menghadap ke Laut...................... dan ramai bule bersidai dengan berbagai aksi, sedih mata memandang. Sekadar untuk berfoto untuk seketika, kami berlalu dari situ, Lagi pun dah jam 1.30 tengahari, sampai waktunya untuk menjamu selera. Tambahan lagi, kaki terasa sakit, sebab lama di atas kereta dalam perjalanan yang agak jauh tadi.
Minuman lepas makan, teh arab dengan pudina! Pudina sudah di letak tepi!
Nasi mandhi, ayam dan lamb serta soup tomato dan diakhiri dengan teh pudina, menu istimewa untuk masyarakat Arab Emirates...Harga, boleh tahan juga. Tapi, portionnya sangat besar. Jadi kami memesan 3 portion yang boleh dimakan oleh 5 orang. Kenyang! Alhamdulillah!. Selesai makan, kami menuju ke Dubai Mall. Di sini, semua barangan berjenama antarabangsa ada dengan hiasan yang memukau mata dan selera. Terasa sangat kerdil di sini! Yang menarik dan ciri-ciri istimewa hanyalah sebuah frame besar yang ada di kawasan entrance iaitu..menggambarkan susur galur pemerintahan Tanah Arab dari legasi pertama sehingga perancangan untuk 20 tahun akan datang. Wow!!
Bergerak pula kami ke Naif Souq, tempat yang rasanya banyak la yang boleh di beli oleh wanita seperti saya!
Menjelang petang kami puas berlegar-legar di sekitar Naif Market, dah singgah solat dan nongkrong di area plaza, kami pulang ke Abu Dhabi. Dalam perjalanan, sempat lagi singgah di Dragon Mart.
Tak perlu orang lokal Dubai ke China, untuk berbelanja kerana semua barangan Cina ada di Dragon Mart! Semuanya! Dan makan malam di sebuah restoran yang buka 24 jam. Makan capati dan nasi sup sayur..agak mahal! di beri herba untuk menghilangkan bau makanan di mulut!
30 April 2013 - Selasa
Awal pagi, selepas check out dari hotel, kami menuju ke Dubai. Terasa sekejap saja, dah sampai hotel. Tulip Creek hotel and apartment di Diera St. Tengok harga 'walk-in' AED1.200 satu malam, wow! mahal banget! Satu unit apartment yang besar untuk kami bertiga!
Pandangan dari atas hotel. tingkat 10..
Makan tengahari dengan teman di sebuah resto yang terkenal dengan hidangan ala Arab. Sambil bersimpuh dalam satu dulang! Nikmati aja!
petang ke Deira City Centre
Melalui Jalan Omar Al Khattab, terlihat satu bangunan yang ada bola di atas,
Hammer, warna merah lagi!
Depan Dragon Mart, ada bola besar dililiti oleh dragon yang besar!
Berhadapan dengan Diera City Centre ada toko menjual cenderamata, Day To Day..kalau nak beli souvenir spt magnetic freezer, key chain, tshirt Dubai, banyak di sini. Dengan harga semurah AED3.50 sehingga tshirt AED25.00. Bolehlah borong banyak-bnyak kat sini. Kalau kat Malaysia, seperti Mydin di Jalan Tunku Abd Rahman!, kurang lebih macam tu la! Suami yang membeli, aku menunggu sahaja di luar sebab kaki sakit! Dah membengkak! So, suami kata, rehat saja, kalau aku yang pilih, semua nak ambik! Akur lebih baik!
Dari Day to Day, kami berjalan perlahan-lahan balik ke Tulip Hotel and Apartment! Satu unit apartment dgn kos AED1,200.00 satu malam, ada 2 bilik besar dan 1 bilik kecil. Dapur yang luas yang lengkap dengan mesin cuci, dapur, microwave, toaster, ruang makan 6 kerusi, ruang tamu luas cukup untuk memuatkan 7-8 orang dan kami hanya bertiga!
Malam, dinner di rumah kawan!
01 Mei 2013 - Ahad
Pagi, rutin setiap hari selama berdua tanpa anak-anak, suamiku akan mengurut kakiku selama 20 minit, membetulkan urat-urat yang dah berkumpul dan dah masuk angin, sebab tu bengkak tidak surut dan salah sikit - banyak jalan - bengkak makin besar!. Tahan sakit kerana kuat juga dia mengurut! Syukur,alhamdulillah, selepas solat subuh, tidur sekejap dan menjadi tugas dia untuk kejutkan aku bangun untuk diurut. Positifnya, setelah 3 pagi diurut, jalanku semakin ok, walaupun sangat perlahan. Sering aku ditunggu kerana jalanku yang sangat perlahan!.Suamiku sabar aja!.Lagi pun, tiada apa yang perlu dikejar! Mengambil peluang orang-orang Dubai yang waktu pagi dirumah, jadi kami pun selepas jam 11.00 baru keluar dari hotel!
Plan hari ini, kami ke Dubai Outlet Mall di Jalan Al-Ain. Naik teksi Camry, semasa pergi AED75.00 dan pulang AED125.00. Dubai Outlet Mall ada semuanya jenama terkenal seluruh dunia, di situ. Rasanya tak ada apa yangmahu dibeli, jadi sekadar jalan-jalan sahaja!
Malam, dinner di Appa Kaddai! Makan apam lenggang tapi dalam versi orang India. Enak!
Ada 8 jenis apam lenggang! sedap-sedap pula tu! Good idea ni, boleh balik buat di rumah dan makan dengan Fish Curry Mango, sedap sangat! mangga ganti asam, kreatif, boleh buat ni! Restoran ni sangat terkenal dalam kalangan masyarakat India yang ramai di Dubai. Beratur menunggu giliran untuk dapat meja sangat panjang, macam nak beli tiket bola! macam nak makan Sushi Tei di Plaza Indonesia!. Tapi berbaloi, sebab masakannnya enak!.
Balik dari restoran, singgah supermarket beli barang-barang untuk masak. Esok nak masak kari, rasa rindu nak makan kari Malaysia..singgah di Sunshine Supermarket, area Diera Street! macam-macam pula nak beli, lupa kata di Dubai!
2 Mei 2013 - Isnin
Bangun awal pagi, masak Roti Garlic, masak nasi dan buat kari ikan serta sayur brokoli. Sayang! dapur yang cantik tidak digunakan, so, berbaloi dengan kadar yang dibayar, aku gunakan semua kemudahan yang ada!
Ambil teksi depan hotel, estima buat teksi, rindu pada estima ku di malaysia! berdasarkan saranan driver, kami ke Gold City di Abra St..tambang teksi AED25.00, ok la juga!
Dalam Gold City, orang jual emas macam jual kain baju, terlalu banyak dan silau mata memandang!
Wah!, rupa-rupanya disini, tempat yang paling afdal untuk berbelanja! nak beli emas, satu lori pun ada, nak beli rempah, nak masak utk satu restoran, semua ada, minyak wangi, ribuan jenis, rasa macam nak pengsan dengan bauan yang bercampur! tak terbeli, terlalu banyak yang jual perfume, kain, perhiasan, kasut, handbag dan macam-macam lagi. Hampir setiap lorong ada orang menjual. Dan rupanya di sini adalah syurga untuk sesiapa yang suka shopping! Hari ni, tengok saja sebab langkah terhad, sakit kaki! Sabar!sabar! Pasti suatu hari nanti, aku akan datang lagi!!
Jam 12.30 suami bagi isyarat kita perlu balik hotel, makan tengahari yang sudah siap dimasak!, solat dan next program, Desert Safari! Pakej ke padang pasir bernilai AED200.00 bermula jam 3.00 hingga 8.30 malam, lengkap dengan kereta pacuan 4 roda, welcome drink, roti arab dan makan malam yang melebihi 10 menu! tarian balley dan pemandangan indah ketika matahari terbenam! Menakjubkan kejadian Allah!
Balik balik, kemas barang, datang 1 beg, balik 4 beg! Biasala tu! Jam 3.00 dah bersedia untuk program seterusnya! Perjalanan ke padang pasir, kurang lebih 8 km dari kota Dubai..
Di padang pasir pun ada orang menjual!! Sejadah ini harganya AED65.000, belum tawar menawar lagi tu!
Hadapan pintu camp tempat entertainment yang dah termasuk dalam pakej! Menarik! Dalam kawasan camp ada ditawarkan sesi menunggang unta yang harganya sudah termasuk dalam pakej!
Yang menari ni, lelaki berpusing-pusing selama 30 minit dengan menggayakan skirtnya yang berlampu, warna warni ! cantik dan menarik! Ditangan ada 6 objek seperti dulang yang dicorakcantik berwarna warni dan bila terkena panahan lampu, corak timbul sangat unik!
Terpaksalah banyak duduk sebab sakit sangat kaki bila berjalan atas pasir. Pasir yang halus akan menjunamkan tumit dan boleh jatuh! Ya Allah, elakkan berlaku yang tidak baik pada diriku!
Jam 8.30 malam, semua ke 4wheel masing-masing untuk pulang! Pengalaman dan pemandangan yang hanya boleh ditemui di Dubai! Desert Safari Package!
Sampai hotel jam 9.15 malam, tukar baju dan bergerak ke Abu Dhabi International Airport kerana Etihad akan terbang ke Malaysia jam 2.00 dinihari!
3 Mei 2013 - Selasa
Sampai KLIA jam 1.30 p.m. Pesawat ke Bayan Lepas jam 4.30 pm.
Syukur pada Mu Ya Allah, aku selamat kembali ke tanah air. Sesungguhnya ketentuan dari Mu adalah yang terbaik buatku yang redha dengan hikmah sakit ini! Pasrah sesungguhnya adalah yang terindah! Perancangan dariku hanyalah sekelumit berbanding ketentuan takdir dariMU, Allah Yang Maha Besar, Maha Adil lagi Bijaksana!!! Terima kasih Ya Allah!