Sunday, 28 April 2013

kita merancang allah menentukan

Jumaat 6 April 2013
Pagi..kesian anak sulungku, mengambilalih tugas mama untuk menyediakan sarapan buat abah, mama dan adik! Selesai sarapan, berkemas, kumpulkan baju untuk dicuci, memastikan semuanya sempurna seperti yang mama lakukan..adik dan abah ke pasar membeli bahan-bahan untuk dimasak,  kakak siapkan bahan untuk dimasak, abah bantu merasa makanan yang telah siap dimasak, biasala tu,  abah kata ok!' maka ok la..kesian semuanya...tapi dalam masa yang sama, anak-anak banyak belajar bila mama jadi begini.,!
Petang hari cuti!
Kakak bersama anak buah dan cucu saudara datang melawat.. Arif Fahmi yang bijak bercakap rasa heran melihat Tok Ngah terbaring dengan kaki berbalut,,
Malam- seorang kakak lagi datang,. skrip sama - bolehlah angah berehat lama sikit dan inilah masanya untuk betul-betul rehat..

Sabtu - 7 April 2013
Seperti hari kemarin. Rehat atas tilam. bacalah bahan-bahan yang sebelum ni tak sempat dibelek setiap halaman..


Ahad - 8 April 2013
teringat hari ahad, ada perhimpunan, suka juga mendengar berita terkini...masa untuk merenung anak-anak pelajar secara langsung, melihat karenah mereka yang kadang- kadang kelihatan resah, mungkin nasihat yang diberi terkena batang hidung sendiri... atau terasa apabila disindir... semuanya jadi kenangan.
Tengahari- tiga orang rakan sekerja datang melawat. Terima kasih..

Isnin - 9 April 2013
Pergi KMC - kata doktor, belum bersambung lagi, masih perlu banyak rehat. Jangan banyak berjalan.. 

No comments:

Post a Comment